KEGIGIHAN SYEIKH JALALUDDIN DALAM MENYAMPAIKAN IDEA ISLAH

 Disebabkan kelantangan Sheikh Tahir Jalaluddin memperjuangkan idea islah, beliau mendapat tentangan yang hebat dari golongan ulama’ tradisional khususnya di Malaysia. Beliau juga mendapat kekangan dari pihak penjajah yang merasakan kedudukan mereka semakin terancam dengan kebangkitan orang Melayu. Akibatnya pada tahun 1927  beliau dipenjarakan oleh pihak Belanda selama sembilan bulan atas tuduhan menentangnya. Tetapi ia tidak dapat menggugat perjuangan Sheikh Tahir Jalaluddin yang sudah sebati dengan jiwanya.